Saturday, April 3, 2010

Penantian

Semakin asing aku berbicara di jalanan ini
senja menapak meninggalkan resah
angin mengariskan kerinduannya di hujung sepi
dan aku di sini terus menanti
kerana ia sebahagian dari tuntutan
yang berputar atas nama kehidupan

Aku tidak mengerti
mengapa harus berlari membelah senja
memamah rindu
dan mengejar bayangan sendiri
kemudian kembali menghitung bintang di langit
untuk mengisi setiap kekosongan yang pedih
kerana penantian ini mengajar aku
lebih mengerti
akan hakikat hidup ini.

Penantian adalah satu kemestian
di dalam kehidupan
kerana di dalam menanti
pertemuan hanyalah dengan diri.

No comments:

Post a Comment