Saturday, April 3, 2010

Penantian

Semakin asing aku berbicara di jalanan ini
senja menapak meninggalkan resah
angin mengariskan kerinduannya di hujung sepi
dan aku di sini terus menanti
kerana ia sebahagian dari tuntutan
yang berputar atas nama kehidupan

Aku tidak mengerti
mengapa harus berlari membelah senja
memamah rindu
dan mengejar bayangan sendiri
kemudian kembali menghitung bintang di langit
untuk mengisi setiap kekosongan yang pedih
kerana penantian ini mengajar aku
lebih mengerti
akan hakikat hidup ini.

Penantian adalah satu kemestian
di dalam kehidupan
kerana di dalam menanti
pertemuan hanyalah dengan diri.

Forever You Are In My Heart By Jeff Weiner

My heart is open and my arms are too
Waiting to share my love with you,
Making you happy any way I can
Smiles and hugs are in my plan,

Melting me with your glowing smile
Calming with that gentle style,
There is no place else I`d rather be
Than in your heart for eternity,


Hand in hand is the dream I hold
Hoping you share after these words are told,
Life with you will be a fairytale
Where beautiful love will never fail,

I chose to keep these feelings dear
My message should now be clear,
I`ll cherish you from this day on
Until the day this world is gone,


Forever you are in my heart

Saturday, March 27, 2010

Kata Hati

BILA HATI BERBICARA, tak ada apa yang dapat mEnghalang..
BILA HATI BERBICARA, gunung yang tinggi sanggup didaki juga..
BILA HATI BERBICARA, kesakitan dan tangisan itu penawar duka..
BILA HATI BERBICARA, biar hati terluka untuk hati bahagia..

BILA MULUT BERKATA-KATA, hanya jiwa yang dapat memahaminya..
BILA MULUT BERKATA-KATA, biar berkata dari merana..
BILA MULUT BERKATA-KATA, jiwa meronta bila terluka..
BILA MULUT BERKATA-KATA, selagi boleh mahu mengatakan diri ini bahagia bersamanya..

SAYANG, saya mahu awak dengar hati ini berbicara..
SAYANG, saya mahu awak dengar bibir ini menutur kata pujangga...